Saturday, 15 September 2018

2.2 Menggunakan Alatan & Bahan Kebersihan Diri


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama Guru        : Mohd Amirul Ikromi B. Mohd Asri
Masa                   : 8.00 Pagi - 9.00 Pagi
Hari                     : Rabu
Mata Pelajaran    : Pengurusan Diri
Kelas                   : 5 Pintar
Tarikh                  : 8 Julai 2017
Bilangan Murid    : 4/5 orang


Nama Murid       
   i. Waqiyuddin B. Hamzah
   ii. Ah Lock Mei
  iii. Ashihhh A/L Gunalan
  iv. Mashitah B. Razali
   v. Aliya Bt. Jaafar
Standard Kandungan
2.2 Menggunakan alatan dan bahan       
       kebersihan diri
Standard Pembelajaran
2.2.4 Membersihkan diri dengan
          menggunakan alatan dan bahan
          kebersihan diri
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Mengenal cara memberus gigi  
    dengan  menguasai sekurang-kurangnya
    empat daripada lima cara menggosok gigi 
    dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mengetahui cara membasuh tangan dengan menggunakan sabun
Penerapan Nilai Murni
Kebersihan, kerjasama
Unsur KBKK
Menyebut semula , menjana idea
Bahan Bantu Mengajar
Sabun, syampu, berus gigi, pengetip kuku, kad bergambar, kertas lembaran kerja
Set Induksi (5minit)
7.50 pagi – 7.55 pagi
i. Guru masuk ke kelas dan menyanyikan
   lagu :















ii. Murid-murid mengikut guru menyanyikan
    lagu tersebut bersama-sama. 
ii. Guru mengaitkan set induksi
     dengan isi pelajaran pada hari ini.
Langkah 1 (15minit)
7.55 pagi – 8.10 pagi
i. Guru menunjukkan alatan
    kebersihan diri  seperti sabun,
    syampu, berus gigi, pengetip kuku
    dan ubat gigi.
ii. Guru boleh bersoal jawab dengan
     murid mengenai alatan kebersihan.
iii. Murid memberikan respon
     terhadap pertanyaan guru.
iv. Guru memperkenalkan alatan
     kebersihan diri kepada murid
 v.  Guru menyebut dahulu perkataan
vi. Murid diminta mengulangi apa
      yang disebut oleh guru
vii. Guru menerangkan kegunaan setiap
    alatan kebersihan yang sesuai untuk
    digunakan pada bahagian badan
    tertentu
Langkah 2 (30minit)
8.10 pagi – 8.40 pagi
i. Guru bersoal jawab dengan murid
    mengenai cara memberus gigi
    dengan betul
ii. Guru menunjukkan sebuah video
    tentang cara memberus gigi
    dengan betul
iii. Guru meminta murid secara
     bersama-sama menyusun kad    
     gambar mengikut cara memberus gigi
     yang betul
iv. Seterusnya, guru membawa murid-murid
     ke tandas
v. Guru menunjukkan amali memberus gigi
    dengan betul
vi. Murid-murid diminta mengikuti cara
    memberus gigi dengan betul seperti yang
    ditunjukkan oleh guru sebentar tadi
vii. Guru membetulkan kesilapan yang
      dilakukan oleh murid ketika amali
      memberus gigi dijalankan.



Kad Gambar Langkah Memberus Gigi



Video Langkah Memberus Gigi

Langkah 3 (20minit)
8.40 pagi – 9.00 pagi
i. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja
   yang diberikan oleh guru



ii. Guru menyemak hasil kerja murid
iii. Murid yang dapat menyiapkan
     lembaran kerja yang diberikan oleh
     guru dengan betul  akan diberi
     ganjaran token

Penutup 
( 5minit )
9.00 pagi – 9.05 pagi
Peneguhan Kognitif
i. Guru membuat kesimpulan  
    pelajaran pada hari ini
Peneguhan Sosial
i. Guru memuji murid yang
    menunjukkan kesungguhan di  
    dalam kelas
ii. Guru memberikan token kepada
     murid yang dapat menjawab soalan
     dengan betul

No comments:

Post a Comment